suria

Amaran Sonamu Ditarik Balik

PETALING JAYA: Majlis Keselamatan Negara pada Selasa mengumumkan bahawa ribut Sonamu tidak dijangka melanda negeri-negeri pantai timur Semenanjung Malaysia.

Berdasarkan maklumat terkini yang dibekalkan Jabatan Meteorologi, majlis itu berkata bahawa amaran hujan lebat dan angin kencang telah ditarik balik pada pkul 8.35 malam, Isnin.

Bagaimanapun jurucakap majlis itu berkata mereka masih memantau perkembangan di Terengganu, Pahang dan Kelantan.

"Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada terhadap kemungkinan angin kencang dan laut bergelora di sepanjang pantai," katanya.

Maklumat terkini mengenai keadaan cuaca boleh diperolehi dari laman web atau talian hotline (03-79678116).

Artikel Lain