Pahlawan Negara, Kanang Anak Langkau Dikebumi Di Perkuburan Pahlawan - Semasa | mStar

Pahlawan Negara, Kanang Anak Langkau Dikebumi Di Perkuburan Pahlawan

KUCHING: Pahlawan negara, mendiang Datuk Temenggong Kanang Langkau, disemadikan di tanah perkuburan Pahlawan di sini Ahad dengan penuh penghormatan tentera yang dihadiri kira-kira 3,000 orang.

Keranda, yang membawa jasad penerima pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa (SP), anugerah keberanian tertinggi Malaysia, itu dibawa ke kawasan pengebumian oleh lapan orang pengusung yang terdiri daripada Pegawai Waran 1 (PWI) mewakili tiga perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia diketuai PWI Michael Awie.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Peter Chin, mewakili kerajaan Persekutuan dalam upacara itu yang turut dihadiri Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Alfred Jabu, yang mewakili kerajaan negeri.

Turut hadir Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin; Panglima Tentera Darat Jeneral Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin; Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia, Jen Tan Sri Rodzali Daud dan Timbalan Panglima Tentera Laut Laksamana Madya, Datuk Mohammed Noordin Ali.

Ketua paderi gereja St Thomas Cathedral Kuching, Rev Fr Michael Buma Galami melakukan upacara terakhir sebelum keranda itu diturunkan.

Jalur Gemilang yang membaluti keranda itu kemudiannya dilipat oleh pengusung keranda dan diserahkan kepada Jabu sebelum menyampaikannya kepada balu mendiang Kanang, Datin Brawang Chunggat.

Jabu juga mengetuai kenamaan yang lain menabur bunga di kubur bagi menamatkan upacara itu.

Kanang, 68, meninggal dunia di Hospital Umum Sarawak di Kuching pada pukul 1.45 pagi Khamis lalu kerana serangan jantung telah berkhidmat dengan Angkatan Tentera Malaysia selama 21 tahun mulai 1962.

Bekas Pegawai Waran 1 Batalion kelapan Renjer Diraja ini merupakan satu-satunya anggota tentera Malaysia yang menjadi penerima dua pingat keberanian iaitu SP dan Pingat Gagah Berani (PGB) pada 1981 berikutan pengorbanannya kepada negara memerangi pengganas komunis di mana beliau hampir kehilangan nyawa dalam salah satu pertempuran.

Kanang juga memainkan peranan penting dalam usaha membawa balik sisa rangka 21 penjejak Iban, yang ditanam di beberapa tempat di semenanjung selepas terkorban dalam perang menentang komunis pada 1960an, kembali ke Sarawak di mana mereka dikebumikan semula di tanah perkuburan Pahlawan. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Nenek, Cucu Didakwa Miliki Heroin

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.