suria

Kerajaan Komited Kekalkan Pengeluaran Makanan

KUALA LUMPUR: Kerajaan, menerusi Kumpulan Industri Kerajaan Malaysia bagi Teknologi Tinggi (MIGHT), kekal komited untuk mengekalkan pengeluaran dan bekalan makanan untuk negara, terutamanya beras.

Penasihat Sains dan Pengerusi Bersama, Prof Emeritus Datuk Seri Dr Zakri Abdul berkata tahun ini, MIGHT telah mengadakan banyak alternatif serta penyelidikan dan pembangunan (R&D), bagi memastikan pengeluaran makanan kekal mencukupi.

"Kerajaan terus memastikan keutamaan diberikan kepada sektor pertanian dalam meningkatkan pendapatan negara dan memastikan keselamatan dan keterjaminan makanan.

"Dalam belanjawan baru-baru ini, sejumlah RM5.8 bilion telah diperuntukkan untuk program pembangunan pertanian, termasuk aplikasi teknologi tinggi untuk pengeluaran makanan, dan pengukuhan kapasiti," kata beliau dalam kata alu-aluannya di Mesyuarat dan Bengkel Strategi Peringkat Tinggi mengenai R&D Beras Malaysia di sini, Selasa.

Zakri turut mengetengahkan kepentingan rangka kerja keselamatan beras yang menyeluruh untuk Malaysia.

Mesyuarat dan bengkel dua hari bermula hari ini oleh MIGHT itu, disokong oleh pertubuhan pakar terkemuka dunia beras, Rothamsted Research, United Kingdom.

Acara itu juga disertai oleh 50 pertubuhan utama Malaysia yang mengusahakan R&D beras. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain