Permohonan Memasuki Sektor Awam Daripada Bukan Melayu Meningkat - Mahmood Adam - Semasa | mStar

Permohonan Memasuki Sektor Awam Daripada Bukan Melayu Meningkat - Mahmood Adam

PUTRAJAYA: Permohonan daripada bukan Melayu, khususnya kaum Cina dan India untuk menyertai perkhidmatan awam meningkat kepada lebih 10 peratus tahun ini berbanding sekitar dua peratus sebelum ini.

Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Tan Sri Mahmood Adam berkata statistik lengkap mengenai perkara itu akan dikeluarkan SPA minggu depan.

"...statistik lengkap itu untuk jumlah terkini permohonan yang telah diterima juga permohonan yang diterima masuk ke perkhidmatan awam," katanya kepada pemberita, di sini Isnin.

Beliau diminta mengulas mengenai usul Kongres Kebangsaan DAP ke-16 yang berakhir semalam, bahawa rombakan besar-besaran perlu dibuat bagi memecahkan dominasi Melayu dalam sektor awam.

Mahmood berkata kerajaan sentiasa berusaha menarik minat kaum bukan melayu untuk menyertai sektor awam termasuk mengadakan kerjasama dengan badan bukan kerajaan (NGO) dan persatuan yang mewakili kedua-dua kaum berkenaan.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata Kelab Bola Sepak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA PUTRAJAYA FC) akan beraksi dalam Liga Perdana pada musim depan selepas menjuarai Liga FAM 2012.

"Jadi kita harap selepas ini pasukan itu akan terus cemerlang dan dapat beraksi dalam Liga Super pula pada 2014," katanya pada majlis memperkenalkan pemain pasukan itu. BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

Artikel Lain