Umno Sedia Lalui Peralihan Generasi - Semasa | mStar

Umno Sedia Lalui Peralihan Generasi

KUALA LUMPUR: Umno dan parti komponen Barisan Nasional (BN) memikul tugas berat untuk memikat hati 42 peratus pengundi muda yang akan memberi impak kepada keputusan pilihan raya umum ke-13, penentu parti mana yang akan meneraju Malaysia.

Tanggungjawab dan peranan untuk meraih undi kira-kira 5.37 juta pengundi berusi bawah 40 tahun ini mesti dilaksanakan bersungguh-sungguh kerana Umno dan BN bersaing dengan parti pembangkang untuk mendapatkan sokongan, sekali gus memenangkan parti masing-masing.

Agenda memenangi hati dan minda pengundi generasi Y adalah antara yang disentuh Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak semasa menyampaikan amanat kepada barisan pimpinan jawatankuasa bahagian, sempena Perhimpunan Agung Umno 2012 semalam.

Berdasarkan statistik suku ketiga Daftar Pemilih 2012 Suruhan Pilihan Raya, sejumlah 13.1 juta pemilih berdaftar layak mengundi pada pilihan raya umum ke-13 yang boleh diadakan pada bila-bila masa sahaja.

Sebanyak 18.07 peratus atau 2.37 juta pengundi terdiri daripada kumpulan umur antara 21 dan 29 tahun manakala 22.8 peratus atau hampir tiga juta terdiri daripada kumpulan umur antara 30 dan 39 tahun.

Exco Pergerakan Pemuda Umno Datuk Muhammad Khairun Aseh ketika ditemui Bernama, merumuskan amanat Perdana Menteri memberi isyarat jelas bahawa Umno sudah bersedia untuk melalui peralihan generasi, iaitu menampilkan orang muda untuk memimpin parti dan negara.

Muhammad Khairun berkata konsep pengorbanan yang menghendaki pemimpin lama memberi laluan kepada golongan muda sebagai calon, terserlah dalam amanat Presiden parti kepada anggota Umno, semasa beliau membincangkan isu taktikal Umno dalam menghadapi pilihan raya umum nanti.

Katanya rata-rata anggota juga dilihat senada dengan Najib, melafazkan ikrar janji setia untuk bersatu padu dan kesanggupan mereka untuk berkorban demi parti.

Ketua Pergerakan Pemuda Umno Seputeh Muhammad Razlan Muhammad Rafii pula berkata Umno kini dilihat memberi peluang seluasnya kepada generasi muda untuk menjadi pemimpin pada masa depan.

Menurutnya pelbagai langkah yang diambil Umno, parti terbesar di negara ini yang sudah berusia 66 tahun, sering melibatkan dan memberi peluang golongan muda untuk turut sama memberi pandangan mereka dalam soal pentadbiran.

Beliau berkata Pemuda Umno akan terus memberi penjelasan kepada generasi muda mengenai usaha yang sedang dilakukan kerajaan khusus buat orang muda ketika ini, di samping berusaha menyediakan mereka untuk mencorakkan masa depan Malaysia.

Katanya banyak program yang dilaksanakan kerajaan menyerlahkan kepentingan suara golongan muda dalam negara yang adakalanya tidak disedari mereka secara langsung, dan menjadi tanggungjawab Umno untuk menyedarkan mereka.

Pelbagai program dilaksanakan kerajaan khusus buat golongan muda, antaranya seperti karnival peluang pekerjaan, pemberian RM250 bantuan kewangan Bantuan Rakyat 1Malaysia dipanjangkan kepada kumpulan bujang berumur 21 tahun ke atas yang layak, rebat RM200 bagi pembelian telefon mudah alih pintar 3G kepada belia berumur 21 hingga 30 tahun. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Wanita Perak Mahu Universiti Umno Ditubuh

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

Artikel Lain