Kerajaan Negeri Selangor Tak Telus Isu Talam - Semasa | mStar

Kerajaan Negeri Selangor Tak Telus Isu Talam

PUTRAJAYA: Ketua Biro Profesional Muda MCA Datuk Chua Tee Yong mendakwa kerajaan negeri Selangor tidak telus dalam isu Talam Corporation Berhad.

Beliau berkata ini kerana Selangor tidak memberikan laporan daripada Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) berhubung tanah Bukit Beruntung 2 kepada firma audit KPMG Transaction & Restructuring Sdn Bhd (KPMG) yang dilantik bagi mengkaji pemulihan hutang Talam Corporation Berhad pada 2009.

Ini menyebabkan KPMG menyatakan bahawa kajiannya hanya terhad kepada aspek kewangan dalam laporan auditnya, sekaligus menyaksikan kekurangan ketelusan di pihak kerajaan negeri Selangor, kata Chua, yang juga Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani pada sidang akhbar di Wisma Tani di sini.

Semalam, kerajaan negeri Selangor membentangkan Kertas Putih bagi memperjelas isu hutang Talam Corporation Berhad dan status penstrukturan semula air di negeri itu.

Dokumen itu boleh dimuat turun menerusi laman web rasmi kerajaan negeri www.selangor.gov.my dan laman web media www.selangorku.com.my bermula Rabu. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Artikel Lain