suria

Suspek Kelar Bayi Direman Seminggu

KUANTAN: Suspek yang ditahan selepas dipercayai mengelar leher bayi perempuanya yang berusia 11 bulan kini direman selama seminggu bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Kuantan, ACP Mohd Jasmani Yusoff berkata suspek, 29, kini ditahan di lokap Balai Polis Kuantan, sejak Jumaat malam.

"Kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya ketika dihubungi di sini, Ahad.

Dalam kejadian pada 9.30 malam Jumaat lepas, seorang bayi perempuan ditemui mati dipercayai dikelar di bahagian leher oleh ayah kandungnya sendiri di rumah suspek di Felda Panching Selatan, dekat sini.

Bayi malang itu, dipercayai dikelar dengan senjata tajam oleh suspek yang berada di bawah pengaruh dadah. - BERNAMA

Artikel Lain