suria

Cuti Umum Deepavali Mencakupi WP Labuan - PM

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Selasa mengumumkan cuti umum perayaan Deepavali diperluaskan ke Wilayah Persekutuan Labuan.

Beliau berkata walaupun penduduk beragama Hindu tidak ramai di situ, namun sebagai sebahagian daripada Wilayah Persekutuan, Labuan layak menikmati cuti umum berkenaan.

Keputusan itu dibuat oleh Kabinet, kata Najib ketika berucap pada majlis rumah terbuka Deepavali anjuran MIC di perkarangan kompleks Batu Caves di sini. BERNAMA

Artikel Lain