suria

Pertubuhan Seni Mempertahankan Diri Perlu Bela Negara - Muhyiddin

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin (kiri) memperkatakan sesuatu kepada Presiden Majlis Pendekar Malaysia (MPM) Tan Sri Omardin Mauju (kanan) semasa menerima kunjungan hormat Jawatankuasa Tertinggi MPM di Pejabatnya di Bangunan Parlimen. Turut hadir Timbalan Presiden MPM, Haja Mohaideen Abu Bakar (dua kanan). -fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Pertubuhan seni mempertahankan diri di negara ini diminta bukan sahaja membela diri untuk tujuan peribadi tetapi juga perlu membela negara, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Perkara itu disampaikan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan yang juga Penasihat Majlis Pendekar Malaysia (MPM) selepas mengadakan pertemuan dengan Muhyiddin di pejabat Timbalan Perdana Menteri di bangunan Parlimen, di sini.

Turut menyertai pertemuan itu ialah anggota jawatankuasa tertinggi MPM yang diketuai Presidennya dan pengasas seni silat lincah Mahaguru Tan Sri Omardin Mauju.

Ahmad berkata itu adalah antara amanat Timbalan Perdana Menteri kepada MPM yang mewakili 51 pertubuhan seni mempertahankan diri di negara ini yang terdiri daripada pelbagai kaum.

"Amanat kedua ialah beliau mengingatkan mengenai satu falsafah yang tinggi maksudnya, iaitu apa yang baik untuk negara, bangsa dan agama, adalah baik untuk kita, dan bukan sebaliknya," katanya kepada pemberita di sini Selasa.

Kira-kira 40 wakil daripada pertubuhan itu hadir pada pertemuan itu yang berlangsung kira-kira sejam.

Ahmad berkata MPM turut menerima bantuan RM300,000 daripada Timbalan Perdana Menteri yang akan digunakan untuk memperkembangkan lagi pertubuhan itu.

Katanya MPM juga merancang untuk mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada masa akan datang.

Sementara itu, pada sidang media sama, Omardin berkata MPM disifatkan sebagai satu kuasa baru dalam dunia seni mempertahankan diri berikutan tiada persatuan sedemikian wujud di dunia ini, melainkan Malaysia.

"Di negara lain, mereka bergaduh sesama sendiri, tetapi di Malaysia, kita telah menunjukkan satu contoh, bahawa kita tidak mempunyai ego tetapi boleh bersatu melalui pelbagai jenis seni mempertahankan diri.

"Jadi, ini adalah satu kuasa baru dalam dunia persilatan," katanya.

Omardin juga berkata MPM mempunyai kekuatan ahli seramai enam juta orang yang telah ditubuhkan pada lima bulan lepas.

Katanya MPM kini mempunyai cawangan di tujuh negeri dan sedang berusaha untuk menambah cawangan di seluruh negara. - BERNAMA

Artikel Lain