suria

Lelaki OKU Rentung Dalam Kebakaran

IPOH: Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) rentung, manakala seorang lagi yang juga OKU cedera apabila sebuah kedai membaiki basikal musnah dalam kebakaran di Sungai Galah, Kampung Gajah, 75 km dari sini malam Selasa.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Supt Mohd Fakri Che Sulaiman berkata mangsa yang juga pemilik kedai basikal, Lim Thian Wah, 61, diremui rentung di bawah timbunan kedai itu manakala pekerjanya Chooi Che Lam, 47, yang sempat menyelamatkan diri mengalami kecederaan di badan.

Mayat Lim Thian dihantar ke Hospital Changat Melintang untuk bedah siasat manakala mangsa yang cedera turut dirawat di hospital yang sama, katanya ketika dihubungi pada Rabu.

Mohd Fakri berkata sisatan awal mendapati kejadian berlaku pada 9.10 malam apabila Chooi dikatakan menyalakan pelita dengan mengunakan minyak petrol lalu menyebabkan kebakaran.

Sebelum itu, kedai terbabit mengalami gangguan bekalan elektrik, katanya. Beliau berkata mayat mangsa dikeluarkan selepas sepasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat mengambil masa dua jam memadamkan kebakaran tersebut.

Punca kejadian dan jumlah kerugian masih belum diketahui dan sedang disiasat, katanya. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain