suria

Kerja-Kerja Pembinaan Jambatan Kedua P.Pinang Siap Awal Daripada Jadual

GEORGE TOWN: Kerja-kerja pembinaan jambatan kedua Pulau Pinang diteruskan dengan kadar pembinaan siap hampir 2.5 peratus lebih awal daripada yang dijadualkan.

Pengarah pembinaan Jambatan Kedua Sdn Bhd Hamizol Ngah berkata, sehingga 20 September, kerja-kerja pembinaan jambatan telah mencapai 84.35 peratus berbanding 81.90 peratus kadar yang disasarkan.

"Kami menyasarkan untuk menyiapkan 90 peratus jambatan menjelang akhir tahun ini," katanya dalam taklimat kepada pegawai kerajaan negeri di pejabat China Harbour Engineering Co Ltd (M) Sdn Bhd (CHEC) di Batu Maung, pada Selasa.

Beliau menambah menjelang awal April tahun depan, kedua-dua bahagian jambatan kedua dijangka disambungkan menjadikan jambatan 24km itu sebagai terpanjang di Asia Tenggara.

Jambatan itu dijadualkan akan dibuka kepada lalu lintas pada September tahun depan dan akan menjadi tuan rumah dalam acara tahunan Penang Bridge International Marathon pada November 2013.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain