J/Kuasa Khas Untuk Tambah Baik Khidmat Mahkamah - Ketua Hakim Negara - Semasa | mStar

J/Kuasa Khas Untuk Tambah Baik Khidmat Mahkamah - Ketua Hakim Negara

KUALA LUMPUR: Satu jawatankuasa khas akan ditubuh bagi membantu menambah baik perkhidmatan mahkamah kepada pelanggannya dan masyarakat.

Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria berkata, jawatankuasa itu akan dianggotai wakil Pejabat Peguam Negara, Majlis Peguam Malaysia, komuniti perniagaan, golongan profesional dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Beliau berkata, secara formal, kini terdapat satu Jawatankuasa Bersama yang dianggotai badan kehakiman, Pejabat Peguam Negara, Majlis Peguam serta agensi lain bagi menyelesaikan masalah dan isu berbangkit.

"Jawatankuasa ini bermesyuarat secara ad hoc, bila perlu. Antara isu berbangkit ialah memudah dan menyeragam peraturan.

"Sehubungan itu, jawatankuasa ini sudah memutuskan beberapa pindaan terhadap prosedur dalam kes sivil dan jenayah," katanya dalam ucapan penutupan Persidangan Undang-Undang Antarabangsa Malaysia 2012 di sini. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.