suria

Bekas Pembantu Menteri Sabah Cedera Kemalangan

KOTA KINABALU: Bekas pembantu menteri Sabah barada dalam keadaan koma selepas selepas motosikal berkuasa tinggi yang ditunggangi beliau terbabas di Km74 jalan Ranau-Telupid, 170kms dari sini.

Datuk Wong Lien Tat, 74, dimasukkan ke Hospital Queen Elizabeth kerana kecederaan parah.

"Dia masih tidak sedarkan diri dan kita diberitahu bahawa dia mengalami gegaran pada otak, kita berdoa agar dia akan pulih secepat mungkin,'' kata setiausaha agung Parti Liberal Demokratik, Datuk Teoh Chee Kang pada Jumaat.

Menurut ahli keluarga bekas ADUN Karamunting, Wong dalam perjalanan pulang dari Kota Kinabalu ke Sandakan sebelum kemalangan berlaku kira-kira pukul 3 petang pada Khamis.

Beliau telah diberi rawatan awal di sebuah klinik di Telupid sebelum dikejarkan ke Hopital Ranau dan kemudian ke Hospital Queen Elizabeth pada kira-kira pukul 6 petang.

Ketua polis Beluran, Timbalan Supt V. Sivanathan berkata polis sedang merakam kenyataan daripada saksi-saksi ditempat kejadian.

Wong merupakan bekas naib presiden LDP dan berkhidmat sebagai pembantu menteri di jabatan ketua menteri antara 1999 dan 2008 sebelum bersara.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain