suria

Pro-Aspirasi Catat Kemenangan Besar Di Unimas, UPSI, UMP & UMT

KUALA LUMPUR: Kumpulan Pro-Aspirasi telah memenangi kesemua 12 buah kerusi yang dipertandingkan di Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) dalam pilihan raya kampus yang berlangsung pada Selasa.

Unimas menawarkan empat kerusi Umum dan lapan kerusi Fakulti untuk direbut oleh para calon.

Sementara itu di Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI), Kumpulan Pro-Aspirasi turut mencatat kemenangan besar dengan memenangi 25 daripada 29 kerusi yang dipertandingkan.

UPSI menawarkan lima kerusi Umum dan 22 kerusi Fakulti.

Di Kuantan Pahang, Pro-Aspirasi turut mencatat kejayaan besar dengan memenangi 22 daripada 24 kerusi di Universiti Malaysia Pahang (UMP).

UMP menawarkan lapan kerusi Umum dan 16 kerusi Fakulti.

Pro-Aspirasi turut menang besar di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dengan memenangi 18 daripada 20 kerusi.

UMT menawarkan enam kerusi Umum dan 14 kerusi Fakulti.

Artikel Lain