suria

PM Lawat Ketua Pemuda Kepong Yang Cedera

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Selasa menziarahi Ketua Pemuda Umno bahagian Kepong, Datuk Norizan Ali yang dimasukkan ke Hospital Ampang setelah parah ditikam berdekatan rumahnya di Jalan Dagang2/4, Taman Dagang, Ampang di sini kira-kira jam 3.30 pagi semalam. Najib tiba di Hospital Ampang pada pukul 6.50 petang dan berada kira-kira 10 minit bersama Norizan, 41, di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital itu.

Terdahulu, Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, polis telah merakamkan keterangan lima saksi berhubung kes itu.

Katanya, keterangan itu diambil daripada isteri Norizan, Roslinda Kamarudin, 38, serta jiran terdekat yang ternampak insiden itu.

Artikel Lain