suria

Pembukaan Pejabat Satelit SPAD di UTC Mudahkan Urusan Orang Ramai

KUALA LUMPUR: Pembukaan operasi pejabat satelit Suruhanjaya Pengangkutan Darat Awam (SPAD) di Pusat Transformasi Bandar (UTC), Kuala Lumpur membolehkan orang ramai mengemukakan aduan, permohonan dan pembaharuan lesen serta kad pemandu, permohonn ubah syarat perkhidmata serta Spek (melesenkan kenderaan).

Dengan kewujudan UTC ini, urusan orang ramai dan pemegang berkepentingan dengan agensi-agensi kerajaan akan menjadi lebih mudah kerana UTC menjadi pusat sehenti bagi semua agensi terlibat termasuk SPAD.

“UTC ditubuhkan bertujuan untuk memudahkan orang awam untuk mendapat akses kepada agensi kerajaan di kawasan Bandar setakat hari ini. UTC yang pertama adalah di Melaka dan UTC Kuala Lumpur merupakan pusat sehenti yang kedua di Malaysia.

“Terdapat perancangan untuk mewujudkan lebih banyak UTC di seluruh negara,” menurut SPAD dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Selasa.

Menurut kenyataan itu, pejabat satelit SPAD terletak di Lot T2-4, Tingkat 2, UTC Kuala Lumpur dan beroperasi setiap hari bermula dari pukul 8 pagi hingga 10 malam. Sebarang maklumat lanjut anda boleh menghubungi talian, 03-20262502.

Manakala di UTC Melaka, pejabat satelit SPAD terletak di Lot 2-03, Aras 2, dan boleh dihubungi di talian 06-2880093.

Artikel Lain