Lalu Lintas Sesak Rumah Kedai Terbakar Di Jalan Genting Klang - Semasa | mStar

Lalu Lintas Sesak Rumah Kedai Terbakar Di Jalan Genting Klang

KUALA LUMPUR: Kebakaran di Jalan Genting Klang, Setapak, yang membabitkan empat rumah kedai dua tingkat, menyebabkan keadaan lalu lintas di beberapa kawasan utama di ibu negara sesak teruk.

Trafik dilaporkan tidak bergerak lebih dua jam di Jalan Genting Klang menuju kawasan Zoo Negara sejak 6 petang berikutan insiden kebakaran itu.

Trafik teruk juga dilaporkan berlaku di laluan berhampiran seperti bulatan Pahang, Jalan Pahang, Jalan Tun Razak, Wangsa Maju, Jalan Duta menuju pusat bandaraya dan Jalan Kuching.

Pengguna jalan raya di ibu negara menggunakan laman sosial Twitter dan Facebook untuk melaporkan keadaan trafik di kawasan terjejas.

Jurucakap polis trafik Kuala Lumpur ketika dihubungi memaklumkan lalu lintas di kawasan terjejas bergerak perlahan mulai 9 malam.

Tulasy, 26, dari Setapak berkata beliau terperangkap dalam kesesakan di Bulatan Pahang kira-kira dua jam Jalan Pahang dalam perjalanan menuju rumahnya di Setapak meskipun menunggang motosikal.

"Ini kali pertama saya terperangkap dalam kesesakan teruk di kawasan itu," katanya. Pelajar Faizul A. Yatno, 21, berkata beliau terperangkap dalam kesesakan lalu lintas sejak 6 petang ketika dalam perjalanan ke Wangsa Maju dari Segambut.

"Keadaan begitu sesak sehingga saya terpaksa menunggu lebih kurang setengah jam untuk sampai ke lokasi. Kebiasaannya, apabila saya balik tidak macam ni tetapi hari ini, jem luar biasa," katanya.

Mariani Ahmad, 28, pula berkata beliau hampir terlelap akibat terkandas dalam kesesakan teruk di Jalan Mahameru.

Beliau mengambil masa satu setengah jam untuk ke Kampung Baru dari Bukit Kiara akibat keadaan trafik itu.

"Lenguh kaki saya walaupun saya memandu kereta automatik. Saya tidak menjangka trafik teruk begini hari ini," katanya. Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Bomba, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Azizan Ismail berkata pihaknya menerima panggilan pada 5.59 petang dan tiba di lokasi kebakaran tujuh minit kemudian.

"Kerja mengawal kebakaran mengambil masa lebih kurang satu jam setengah kerana pihak kami menghadapi masalah tekanan air rendah," katanya.

Beliau berkata kebakaran itu bermula di tingkat satu, yang merupakan sebuah kedai alat ganti kereta, sebelum merebak ke unit kiri dan kanannya ketika usaha mengawal api dilakukan.

"Api merebak dalam ruang siling dan ketiadaan 'tembok api' antara unit-unit rumah kedai berkenaan menyebabkan api merebak dengan cepat," katanya.

Sebanyak 12 jentera dari 10 balai bomba dengan kekuatan kira-kira 80 anggota terlibat dengan kerja memadam api. Seorang pemilik butik pengantin di kawasan kebakaran itu, Sely, 39, berkata beliau menyedari insiden tersebut selepas terhidu bau asap.

"Ketika itu saya bersama anak saya dan seorang pekerja terus bergegas keluar dari kedai dan menjerit meminta tolong," katanya yang baru memulakan perniagaan di kawasan itu sebulan lepas.

Tidak ada kemalangan jiwa dilaporkan dan punca kebakaran serta jumlah kerugian masih disiasat. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Lynas Terima Lesen Operasi Sementara

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

Artikel Lain