suria

Polis Rancang Tubuh Kiosk Selamat Untuk Mangsa Jenayah Dapat Bantuan Segera

KUALA LUMPUR: Bukit Aman sedang mengadakan perbincangan dengan beberapa premis perniagaan untuk menubuhkan kiosk keselamatan di mana mangsa jenayah boleh mendapatkan bantuan dengan segera.

“Rancangan kami ialah apabila seseorang menjadi mangsa jenayah, mereka dengan segera pergi ke premis ini untuk mendapatkan bantuan,” kata Ismail kepada para pemberita selepas menyampaikan sijil kepada pemandu yang mematuhi undang-undang di Bukit Aman pada Rabu.

Beliau menambah, ia merupakan satu lagi contoh di mana masyarakat dan polis bekerjasama bersatu untuk membanteras jenayah.

Ismail berkata, turut terdapat rancangan untuk melibatkan pemandu teksi dalam usaha menangani jenayah.

“Kami berbincang mengenai cara untuk menjadi pemandu teksi sebagai ejen kepada pasukan polis.

“Selain menjadi mata dan telinga tambahan kepada polis, pemandu-pemandu teksi ini juga boleh bertindak sebagai penggerak pertama untuk mengatasi jenayah,” katanya.

Beliau berkata, satu cara yang boleh pemandu teksi membantu polis adalah dengan mengenal pasti mangsa jenayah dan membawa mereka ke lokasi yang selamat.

Ismail menambah, polis juga akan bekerjasama dengan pesara polis untuk menggalakkan mereka turut serta, malah mengetauinya, sebagai usaha mencegah jenayah di kawasan kejiranan mereka.

Katanya, kesemua ini merupakan sebahagian daripada langkah-langkah Polis Diraja Malaysia (DPRM) untuk membanteras jenayah.

Artikel Lain