Perletakan Jawatan Kah Choon Sebagai Pengerusi investPenang Dirancang Awal - Semasa | mStar

Perletakan Jawatan Kah Choon Sebagai Pengerusi investPenang Dirancang Awal

GEORGE TOWN: Bekas Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif investPenang - syarikat pelaburan milik kerajaan negeri - Datuk Lee Kah Choon berkata, beliau melepaskan jawatannya itu dengan kerelaan diri sendiri malah ia adalah idea daripadanya.

Kata Lee, tidak wujud, campur tangan politik mahupun niat tidak baik di sebalik perletakan jawatannya itu.

Juga katanya, perletakan jawatannya itu tiada kaitan langsung dengan cakap-cakap yang mengatakan beliau akan berhijrah ke luar negara.

Lee, yang merupakan bekas timbalan setiausaha agung Gerakan, telah dilantik ke jawatan itu pada 2008 iaitu sebulan selepas beliau melepaskan semua jawatannya dalam parti pada bulan Mac.

Semalam (Khamis), pihak media melaporkan yang Lee telah melepaskan jawatannya dalam investPenang kerana ingin meluangkan lebih banyak masa bersama anak-anaknya yang sedang melanjutkan pelajaran di luar negara.

Tempatnya kini diganti oleh bekas naib presiden Dell (Asia) yang juga bekas pengarah urusan Dell (Malaysia) Datuk Simon Wong pada Rabu baru-baru ini.

“Perletakan jawatan saya ini adalah sebahagian daripada pelan pengambilalihan kepimpinan yang mana merupakan satu eksesais yang bagus dalam dunia korporat.

“Wong adalah calon yang sesuai untuk membawa investPenang ke peringkat seterusnya kerana jaringan rangkaiannya yang luas ketika bersama Dell,” ujar Lee lagi.

Bagaimana pun Lee masih kekal sebagai pengarah Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang atau PDC, Perbadanan Bukit Bendera dan juga investPenang.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

Artikel Lain