Sepasang Kekasih Ditahan Bersama 2.5kg Ganja Di Sungai Petani - Semasa | mStar

Sepasang Kekasih Ditahan Bersama 2.5kg Ganja Di Sungai Petani

SUNGAI PETANI: Polis menahan sepasang kekasih yang dipercayai terbabit dalam pengedaran dadah berikutan penemuan beberapa ketulan ganja mampat dianggarkan seberat 2.5 kilogram di Tikam Batu, malam Isnin.

Suspek yang berusia sekitar 20-an itu ditahan anggota pasukan Rela ketika mengadakan rondaan mencegah jenayah di Taman PKNK, Tikam Batu pada kira-kira 9.30 malam.

Penyelia Rela Kawasan Tikam Batu Low Chow Min berkata pihaknya terserempak pasangan itu, yang menaiki sebuah motosikal tanpa memakai topi keledar, dalam keadaan mencurigakan.

"Selepas kami memanggil mereka memberhentikan kenderaan, lelaki itu yang menunggang motosikal, seolah-olah panik dan cuba melarikan diri.

"Pada masa sama, dia sempat membuang beberapa bungkusan dari raga motosikal di tepi jalan," katanya.

Low berkata suspek berjaya ditahan dengan bantuan beberapa anggota Rela.

"Kami juga memeriksa raga motosikal suspek dan didapati terdapat beberapa bungkusan mencurigakan sebelum menghubungi polis," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda ACP Hashim Ali berkata pemeriksaan lanjut mendapati bungkusan tersebut mengandungi dadah dipercayai ganja.

Beliau berkata kedua-dua suspek kini ditahan reman sehingga Ahad ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Sabit kesalahan, suspek boleh dikenakan hukuman mati mandatori. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Artikel Lain