suria

Penyelesaian Saman Lynas Terhadap Free Malaysia Today Akan Direkod Jumaat Depan

KUALA LUMPUR: Penyelesaian kes saman sivil yang difailkan oleh Lynas Corporation Limited dan Lynas Malaysia Sdn Bhd terhadap pengendali portal berita 'Free Malaysia Today' (FMT) akan didengar di Mahkamah Tinggi di sini pada 27 Julai ini.

Penyelesaian kes saman itu akan direkodkan di hadapan Hakim Datuk Nor Bee Ariffin.

Penyelesaian tersebut dicapai selepas pengendali FMT, Mtoday News Sdn Bhd, memohon maaf kepada Lynas Corporation kerana menerbitkan artikel-artikel yang mendakwa bahawa kilang memproses nadir bumi milik syarikat itu tidak selamat.

Pada Selasa lepas, Mtoday News, dalam kenyataan ringkas di portal itu berkata, pihaknya memohon maaf atas semua penerbitan mengenai Lynas memandangkan dakwaan-dakwaan yang diterbitkan tiada asas saintifik.

Pada 19 April lalu, Lynas Corporation of Sydney, Australia dan Lynas Malaysia memfailkan sama terhadap Mtoday News, kerana menyiarkan artikel berunsur fitnah dalam laman webnya pada 6 Mac lalu.

Dalam saman tersebut, Lynas memohon ganti rugi am dan ganti rugi teruk, kos dan injunksi bagi menghalang Mtoday News daripada terus menerbitkan artikel memfitnah mengenai Lynas. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain