suria

MB Selangor Mahu Pengerusi & CEO Syabas Dipecat

SHAH ALAM: Kerajaan Negeri Selangor mahu Pengerusi Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Syabas dipecat.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata cadangan tersebut akan dikemukakan kepada lembaga pengarah Syabas kerana Pengerusi Eksekutif, Tan Rozali Ismail dan CEO, Datuk Ruslan Hasaan tidak hadir pada sesi taklimat jawatankuasa sistem pengawasan Syabas kepada kerajaan negeri yang dibentuk tiga hari lalu.

Jawatankuasa berkenaan, diketuai oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Khusrin Munawi dan ia bentuk bagi memantau perkhidmatan harian Syabas selepas pemegang konsesi air itu mengumumkan rancangan untuk mencatu air di Lembah Klang.

Berdasarkan pemerhatian dan siasatan yang dijalankan oleh jawatankuasa berkenaan selama tiga hari, Khalid berkata kerajaan negeri mencadangkan supaya kedua-dua mereka dipecat serta peruntukkan sebanyak RM225 juta boleh digunakan dalam projek pengurusan air.

"Dengan pemecatan mereka, kos operasi daripada gaji pengerusi eksekutif sebanyak RM5.1 juta setiap tahun dapat dijimatkan.

"Kerajaan negeri juga telah menyediakan peruntukkaan untuk membina loji rawatan air yang baru bagi meningkatkan kapasiti pengeluaran air dan akan segera membuka tender bagi Projek Pengurusan Air 2 yang bernilai RM225 juta,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain