Cadangan Parkir Khas Untuk Wanita Di Pusat Beli Belah - Semasa | mStar

Cadangan Parkir Khas Untuk Wanita Di Pusat Beli Belah

KUALA LUMPUR: Seorang exco kerajaan Selangor mencadangkan supaya pengurusan pusat membeli-belah merizabkan sebilangan unit parkir kenderaan bertanda 'W', khusus kepada wanita berdekatan pintu masuk setiap premis perniagaan mereka.

Exco Perumahan Pengurusan Bangunan dan Setinggan Negeri, Iskandar Abdul Samad berkata cadangan itu adalah praktikal berdasarkan situasi semasa kejadian jenayah yang sering berlaku di kawasan parkir kenderaan pusat membeli-belah.

"Tujuan utama merizabkan tempat letak kereta untuk wanita berhampiran bangunan pasar raya besar adalah untuk mengelakkan mereka terdedah dengan sebarang kejadian bahaya.

"Sebelum ini sudah ada tempat letak kereta khas untuk Orang Kelainan Upaya (OKU) yang dekat dengan bangunan pasar raya, jadi saya rasa tiada masalah merizabkan parkir khas kepada wanita seperti yang disediakan kepada OKU," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menerima memorandum daripada Gabungan Wanita Pandan di Pasaraya Tesco Ampang, di sini, Jumaat.

Iskandar berkata antara lain, memorandum yang akan diserahkan kepada semua pasar raya besar di Ampang bermula hari ini, turut mencadangkan unit parkir tersebut ditanda 'W' sebagai tanda ia dikhususkan kepada wanita.

Unit-unit tempat letak kereta bertanda 'W' itu hanya boleh digunakan oleh pelanggan wanita yang mengunjungi pasar raya tanpa ditemani pelanggan lelaki dewasa sahaja, katanya. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.