suria

Isu Talam: Debat Bukan Penyelesaian

KUALA LUMPUR: Debat berhubung skandal penyusunan hutang Talam Corporation bernilai lebih RM1 bilion tidak akan membantu mendapatkan semula wang berkenaan, kata Ketua Biro Profesional Muda MCA, Datuk Chua Tee Yong.

Sambil menegaskan beliau akan terus membuat pendedahan, Chua berkata beliau mahu rakyat rakyat menjadi hakim membuat penilaian berhubung isu tersebut.

Sebelum ini Ketua Publisiti DAP, Tony Pua mencabar Chua untuk berdebat dengannya mengenai isu Talam.

Menurut Chua, sekiranya DAP atau PAS mempunyai apa-apa maklumat lanjut mengenai penstrukturan hutang Talam, mereka harus memaklumkan kepada kerajaan negeri Selangor supaya Kertas Putih mengenainya dapat disiapkan secepat mungkin.

Katanya lagi isu ini hanya timbul selepas didedahkan MCA.

"Selama dua tahun orang ramai tidak menyedari bahawa terdapat masalah dengan perjanjian itu," katanya.

Mengenai ancaman pengarah strategik Parti Keadilan Rakyat, Mohd Rafizi Ramli untuk mendedahkan penglibatan ahli MCA dengan Talam jika MCA terus mengetengahkan isu itu, Chua sebaliknya tidak mengendahkan perkara itu.

"Saya tidak akan respons terhadap kenyataan itu dan ancamannya," kata Chua.

Artikel Lain