suria

Pemandu Teksi Dipenjara Dua Tahun, Dua Sebatan Kerana Cabul

KUALA LUMPUR: Seorang pemandu teksi dipenjara dua tahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Majistret Ampang pada Jumaat selepas mengaku bersalah atas pertuduhan menggunakan kekerasan jenayah dengan niat hendak mencabul kehormatan seorang eksekutif bank, bulan lepas.

Majistret, Ayuni Izzati Sulaiman menjatuhkan hukuman tersebut terhadap Muhammad Chung Kong Voon, 48, dan memerintahkan supaya pesalah dihukum penjara mulai Jumaat.

Muhammad Chung yang tidak diwakili peguam, didakwa melakukan kesalahan tersebut terhadap wanita berumur 29 tahun itu di tempat duduk penumpang hadapan teksinya di Pandan Perdana pada 7.30 pagi 7 Jun lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan (Akta 574) yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua hukuman berkenaan, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Ummi Aliza AbKadir. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain