KPDNKK Tumpaskan Sindiket Pindah Subsidi Domestik - Semasa | mStar

KPDNKK Tumpaskan Sindiket Pindah Subsidi Domestik

BUTTERWORTH: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Pulau Pinang menumpaskan sindiket memindahkan gas subsidi untuk kegunaan domestik kepada industri selepas menyerbu sebuah kilang di Kampung Padang Bengali, di sini, Khamis.

Ketua Penguatkuasa KPDNKK Pulau Pinang S.Guna Selan berkata hasil maklumat awam dan risikan sejak seminggu lepas, sepasukan penguatkuasanya menyerbu stor itu pada pukul 9.30 pagi.

"Semasa diserbu empat lelaki tempatan berusia 30-an sedang bekerja dalam kilang berkenaan dan mereka memindahkan gas asli cecair (LPG) yang disubsidi bagi kegunaan domestik ke dalam tong untuk diedar kepada pengusaha industri," katanya ketika dihubungi di sini, Khamis.

Beliau berkata dalam serbuan itu pihaknya merampas 38 tong gas seberat 50 kilogram, 18 tong gas berisi gas subsidi seberat 14 kilogram dan sebuah lori yang digunakan sindiket itu.

Katanya kesemua barangan yang dirampas itu bernilai lebih RM20,000.

Guna Selan berkata siasatan awal mendapati sindiket itu menjual gas kepada pengusaha domestik di sekitar Butterworth dan Kepala Batas.

"Siasatan juga mendapati sindiket itu menjadikan kilang berkenaan sebagai tempat memindahkan kandungan gas subsidi dari tong 14 kilogram kepada tong 50 kilogram sejak tiga bulan lalu," katanya.

Beliau berkata gas dalam tong berisi 14 kilogram adalah bahan kawalan bersubsidi untuk kegunaan domestik manakala gas dalam tong berisi 50 kilogram adalah untuk kegunaan industri.

Empat pekerja terbabit ditahan bagi membantu siasatan dan usaha mengesan pemilik kilang sedang giat dijalankan, katanya.

"Kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 dan jika sabit kesalahan, boleh dihukum denda maksimum RM100,000 atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya sekali," katanya. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Lagi MP PKR Dakwa Ditawar Lompat Parti

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

Artikel Lain