suria

Dua Lelaki Cedera Ditembak Di Sebuah Kafe

KUCHING: Dua lelaki cedera ditembak berhampiran sebuah cafe dekat bangunan RH Plaza BDC di sini, hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuching Supt Fauzi Bujang ketika mengesahkan kejadian itu berkata kedua-dua lelaki itu kini dirawat di Hospital Umum Sarawak (HUS).

"Polis masih menyiasat kes itu dan tidak dapat mendedahkan maklumat lanjut setakat ini," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, Khamis.

Fauzi berkata beliau enggan mengulas lanjut mengenai kejadian pada pukul 11.05 pagi itu kerana pihaknya masih menunggu laporan penuh kejadian itu. - BERNAMA

Artikel Lain