suria

Khaled Beri Kunjungan Hormat Ke Atas Presiden Baru Mesir

Khaled (tengah) berbual dengan Mohamed Morsy (kanan) di pejabat Presiden di Kaherah bagi menyampaikan ucapan tahniah di atas kemenangan pilihan raya Mesir baru-baru ini.

PETALING JAYA: Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin pada Ahad telah membuat kunjungan hormat ke atas Presiden Mesir Mohamed Morsy di pejabat Presiden di Kaherah.

Khaled di Kaherah sebagai Wakil Khas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan kerajaan Malaysia untuk menyampaikan mesej tahniah kepada Mohamed Morsy di atas kemenangan pilihan raya baru-baru ini sebagai presiden yang kelima.

Morsy menyatakan penghargaan beliau kepada Najib untuk mesej dan ucapan tahniah.

Presiden itu berkata, beliau berpuas hati dengan sokongan Malaysia terhadap proses pendemokrasian Mesir dan melahirkan harapan bahawa Malaysia akan terus menghulurkan bantuan kepada Mesir dan bidang-bidang kerjasama lain.

Khaled diiringi oleh Duta Malaysia ke Mesir, Datuk Dr Mohd Fakhruddin Abdul Mukti.

Artikel Lain