Pelajar Diingat Tidak Terikut Budaya Suka Protes - Nor Mohamed - Semasa | mStar

Pelajar Diingat Tidak Terikut Budaya Suka Protes - Nor Mohamed

KEPALA BATAS: Pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT)di negara ini diingat supaya tidak mengamalkan budaya suka memprotes yang didalangi pihak tidak bertanggungjawab semata-mata mahu menggagalkan usaha murni kerajaan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata pelajar sebaliknya harus menggunakan peluang keemasan ketika di IPT untuk belajar bersungguh-sungguh bagi memenuhi impian keluarga.

Nor Mohamed, yang juga Ahli Parlimen Tasek Gelugor, berkata demikian ketika berucap pada majlis penyampaian bantuan wang tunai RM200 kepada 102 pelajar yang berjaya melanjutkan pengajian ke IPT di Sekolah Rendah Kebangsaan Desa Murni di sini, Sabtu.

Selain itu, beliau juga menyampaikan bantuan komputer riba kepada 42 pemimpin masyarakat dan persatuan di dalam kawasan Parlimen Tasek Gelugor.

Bantuan komputer riba itu bertujuan meningkatkan kecekapan mereka untuk menjalankan tugas dan tanggungjawab kepada masyarakat setempat, katanya. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Lebih Artikel

Kematian kanggaru 'sado' ditangisi