Nazri Akan Bincang Dengan Peguam Negara Adakan PRU13 Selepas Tamat Tempoh Mandat - Semasa | mStar

Nazri Akan Bincang Dengan Peguam Negara Adakan PRU13 Selepas Tamat Tempoh Mandat

KUALA KANGSAR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz akan berbincang dengan Peguam Negara berhubung cadangan bagi memastikan pilihan raya umum diadakan setelah tempoh mandat pentadbiran kerajaan sedia ada mencukupi lima tahun.

Mohamed Nazri berkata perkara itu perlu dirujuk kepada Peguam Negara bagi meastikan sama ada Perlembagaan Persekutuan perlu dipinda atau sebaliknya.

"Saya nak minta nasihat daripada Peguam Negara kalau ada keputusan macam ini, bagaimana nak dilakukan. Sama ada kita buat pindaan Perlembagaan atau diadakan dalam peruntukan Suruhanjaya Pilihan Raya," katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas melancarkan Program Komuniti Perkhidmatan dan Tanggungjawab bersama Belia Menabur Bakti di Dewan Orang Ramai Kampung Tanah Merah di sini, Sabtu.

Pada persidangan Parlimen bulan lepas, Mohamed Nazri berkata kerajaan sedang melakukan gerakan kecil-kecilan untuk mempertimbang bahawa pilihan raya umum diadakan apabila tempoh mandat pentadbiran kerajaan sedia ada mencukupi lima tahun dan bukannya lebih awal.

Mohamed Nazri berkata sekiranya pilihan raya diadakan mencukupi lima tahun, ia tidak menganggu-gugat segala program yang dirancang kerajaan untuk rakyat yang mengambil tempoh lima tahun pelaksanaannya.

Beliau secara peribadi bersetuju dan bersedia untuk menjadi pemangkin kepada langkah itu.

"Saya secara peribadi berpandangan, kalau kita mempunyai program seperti Rancangan Malaysia kelima dan enam, tempohnya lima tahun. Sekiranya pilihan raya pada tahun ketiga dan keempat akan mengganggu program yang telah disediakan oleh kerajaan," katanya.

Selain itu, Mohamed Nazri berkata sekiranya pilihan raya diadakan mencukupi lima tahun, ternyata dakwaan pembangkang adalah meleset, kononnya segala bantuan kerajaan kepada rakyat adalah kerana ingin memancing undi ekoran pilihan raya hampir tiba.

"Pada hal kerajaan menjalankan tanggungjawab untuk membantu rakyat. Jadi kita memberi pelbagai pemberian, bukan kerana pilihan raya dekat.

"Jadi kalau kita ada buat satu keputusan iaitu pilihan raya tidak akan diadakan sebelum lima tahun tamat, segala tuduhan pembangkang meleset," katanya. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

Artikel Lain