Tiga Lelaki Sesat Di Hutan Ampang Jaya Ditemui - Semasa | mStar

Tiga Lelaki Sesat Di Hutan Ampang Jaya Ditemui

KUALA LUMPUR: Tiga lelaki yang sesat di hutan bukit Taman Tun Abdul Razak, Ampang Jaya, bernasib baik kerana kewujudan liputan talian telefon bimbit membantu pasukan mencari menyelamatkan mereka pada Isnin.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Supt Nazri Nawawi berkata ketiga-tiga mereka ditemui di puncak bukit di hutan berkenaan pada 10.55 pagi dalam keletihan.

Saiful Bahari Mohamad, 29; Mohd Alif Hakim Abdul Wahab, 27; dan Mohd Nazrim Shah Nasarudin, 16; dilaporkan sesat pada 10 malam Ahad.

"Mereka ditemui dalam keletihan serta kelaparan dan kehausan pada 10.55 pagi ini. Kesemua mereka stabil dan tidak mengalami kecederaan," kata Supt Nazri kepada pemberita di pusat operasi sementara di Taman Tun Abdul Razak.

Kesemua mangsa dihantar ke Hospital Ampang untuk pemeriksaan.

Bercakap kepada pemberita, Mohd Alif Hakim, seorang kontraktor, berkata mereka bertiga masuk ke hutan untuk aktiviti 'treking' bagi tujuan riadah pada 9.30 pagi Ahad.

"Setiap minggu saya dan rakan-rakan akan ke kawasan itu untuk treking dengan mengikut laluan denai yang dikenali sebagai 'Jalan Permatang' untuk masuk ke hutan. "Tetapi kali ini, kami cuba menggunakan laluan baru sehingga akhirnya tersedar kami telah sesat," katanya.

Mohd Alif berkata mereka cuba mencari jalan keluar dengan mengikut aliran sebuah sungai tetapi gagal dan akhirnya terpaksa bermalam di tepi sungai.

"Kami meneruskan mencari jalan keluar pagi ini dan apabila sampai di puncak bukit, saya terkejut menerima panggilan daripada pihak Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) yang berusaha mengesan lokasi kami," katanya.

Alif bersyukur kerana telefon bimbitnya mendapat semula liputan apabila berada di puncak bukit.

Beliau berkata aktiviti treking mingguannya itu akan diteruskan tetapi dengan lebih berhati-hati.

Dalam pada itu, Supt Nazri menasihati penggemar aktiviti treking supaya memaklumkan balai polis berdekatan sebelum masuk ke hutan bagi membolehkan tindakan segera diambil jika berlaku sebarang kejadian di luar jangkaan.

Selain JPAM, pasukan mencari itu disertai anggota polis dan bomba. - BERNAMA

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

Artikel Lain

Awas! Obesiti boleh sebabkan kanser