Mahkamah Tinggi Kekalkan Hukuman Denda RM5 Juta Terhadap Pasangan Thailand

KOTA BAHARU: Mahkamah Tinggi di sini, pada Rabu, mengekalkan hukuman denda RM5 juta atau penjara 15 bulan setiap seorang terhadap pasangan warga Thailand yang disabitkan kesalahan membawa keluar wang RM400,068 ke negara mereka secara haram, pada Januari lepas.

Hakim Azman Abdullah mengekalkan hukuman itu yang dijatuhkan oleh Mahkamah Majistret Pasir Mas pada 18 Jan lepas, terhadap Masaleng Itaebula, 27, dan isterinya Wasna Mamuh, 25, yang berasal dari Pattani, Thailand.

Azman bagaimanapun mengetepikan hukuman yang diputuskan Mahkamah Sesyen, yang telah menjatuhkan hukuman dengan jumlah denda sama dan penjara 11 bulan bagi pertuduhan sama.

Dalam penghakimannya, Azman bersetuju bahawa kedua-dua tertuduh telah dijatuhkan hukuman sebanyak dua kali atas kesalahan yang sama.

Disebabkan Mahkamah Majistret telah mensabitkan dan menjatuhkan hukuman terlebih dahulu, beliau berkata hukuman di Mahkamah Sesyen itu adalah terbatal.

"Saya kekalkan sabitan dan hukuman yang dijatuhkan di mana ia adalah setimpal dan tidak terlalu berat. Niat bersama boleh dibuktikan apabila kedua-dua mereka memiliki mata wang Malaysia yang dilarang pengeksportannya mengikut Akta Kastam 1967," kata Azman.

Mengikut pertuduhan pertama, pasangan suami isteri itu, yang juga penjual lembu, dengan niat bersama terbabit mengeksport barang larangan iaitu wang sebanyak RM400,068 yang dibawa dengan motosikal jenis skuter di pintu keluar Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Rantau Panjang-Thailand pada 4.30 petang, 6 Januari lepas.

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 135 (1) (a) Akta Kastam 1967 yang boleh dikenakan hukuman denda minimum sebanyak RM1,492,500 atau penjara atau kedua-duanya.

Bagi pertuduhan kedua pula, mereka didakwa mengikut Seksyen 23 (2) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 di tempat dan waktu yang sama.

Jika sabit kesalahan, mereka boleh dihukum mengikut Seksyen 23 (2) Akta Pencegahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2011 yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM1 juta atau penjara atau kedua-duanya.

Suami isteri itu diwakili peguam Datuk Sukri Mohamed dan Mohd Zubairi Salleh manakala pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Kastam, Rozana Abd Hadi. - BERNAMA

Artikel Berikut

ADUN Chenor Meninggal Dunia

Klik

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Semuanya di hujung jari anda... bawakan senyuman buat mereka yang kurang bernasib baik, itulah kempen Raya HLB

HONG Leong Bank dan Hong Leong Islamic Bank (HLB atau Bank) memperkenalkan kempen 'Jauh Di Mata, Dekat Di Hati' sebagai salah satu usaha membantu golongan kurang bernasib baik.

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Artikel Lain