suria

Lelaki Maut Kereta Rempuh Tiang Elektrik

SEREMBAN: Seorang lelaki maut selepas kereta yang dipandunya terbabit dalam kemalangan di Jalan Mambau-Rantau dekat sini, 3 pagi Selasa.

Jurucakap polis berkata mangsa yang hanya dikenali sebagai Chong, 24, yang memandu kereta jenis Proton Wira maut di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan badan.

"Mangsa dipercayai dalam perjalanan dari arah Mambau menuju ke Mantin dan sewaktu tiba di lokasi kejadian mangsa dikatakan gagal mengawal kenderaannya lalu terbabas sebelum merempuh sebatang tiang elektrik.

"Akibat rempuhan itu pemandu kereta terbabit tersepit dalam kenderaannya dan pihak bomba terpaksa dipanggil untuk mengeluarkan mangsa dan dia kemudian disahkan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya.

Sementara itu, Pegawai Turus Trafik negeri ASP Abd Halil Hamzah ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan berkata mayat mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Ja'afar, di sini untuk bedah siasat. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain