Rodziah Abdul, Setiausaha Baru Suhakam - Semasa | mStar

Rodziah Abdul, Setiausaha Baru Suhakam

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) menghentikan amalan meminjam pegawai kanan Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) sebagai setiausaha apabila melantik Rodziah Abdul ke jawatan itu berkuat kuasa 1 Jun.

Pengerusi Suhakam Tan Sri Hasmy Agam berkata Rodziah dilantik bagi tempoh lima tahun.

"Rodziah yang pengalaman luas dalam kedua-dua sektor korporat dan awam sebelum ini pernah berkhidmat antara lain di Institusi Diplomasi dan Hubungan Luar (IDFR) dan Suruhanjaya Sekuriti," katanya dalam satu kenyataan di sini, Ahad.

Sehubungan itu, beliau merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada tiga setiausaha Suhakam sebelum ini iaitu Datuk Kamaruddin Mohamed Baria, Ahmad Yusof Ngah dan Hashimah Nik Jaafar atas khidmat mereka ketika membantu anggota dan kakitangan suruhanjaya itu dalam melindungi dan mempromosi hak asasi manusia seperti dimandatkan mengikut bawah Akta Surahanjaya Hak Asasi Manusia 1999.

"Suhakam juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada kerajaan kerana meminjamkan tiga pegawai berkenaan sejak ditubuhkan pada tahun 2000," katanya. - BERNAMA

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Sufi selamat bergelar suami Nurulain

Timbalan menteri di JPM meninggal dunia