PM Sambut Pesta Gawai Dengan Rakyat Sarawak - Semasa | mStar

PM Sambut Pesta Gawai Dengan Rakyat Sarawak

BETONG: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau membuat keputusan untuk menyertai sambutan Pesta Gawai bagi menunjukkan bahawa bahawa "apa yang dicakapnya adalah serupa bikin" kerana beliau merupakan Perdana Menteri untuk semua dan bahawa kerajaan mengambil berat hal ehwal semua rakyat Malaysia.

Najib berkata, beliau perlu mempraktikkan keinginannya menjadi Perdana Menteri bagi semua dengan membuktikan bahawa ia bukan semata-mata satu kenyataan politik atau retorik.

Beliau berkata, hasratnya untuk lebih dekat dengan rakyat dan membawa pembangunan yang seimbang dan saksama telah diterjemahkan dalam bentuk tindakan seperti yang dibuktikan dengan peruntukan RM2.3 bilion hasil tinjauan mesra di seluruh Sarawak sejak tiga tahun lalu.

"Apabila kita menyambut Gawai, kita meraikan satu cerita mengenai kejayaan, kita bukan meraikannya kerana kita gagal atau sebagai sebuah negara yang gagal tetapi kita berjaya dalam pembinaan negara, pembangunan ekonomi dan sosial dan dalam menyatupadukan masyarakat kita yang berbilang budaya," katanya di hadapan 3,000 hadirin yang menghadiri rumah terbuka sambutan Ngabang Gawai di Dewan Tan Sri Datuk Amar Stephen Kalong Ningkan di sini.

Pada majlis itu, beliau meluluskan peruntukan kerajaan pusat sebanyak RM5 juga bagi pembinaan ibu pejabat Yayasan Kebudayaan Dayak di Kuching.

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

Artikel Lain

Gempar juruterbang kesan UFO bentuk cerut