suria

Rakyat Perlu Ada Semangat Cintakan Keamanan Negara

KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia seharusnya menanam semangat cintakan negara dengan menghargai keamanan yang dinikmati kini dan menjadikan keadaan di negara-negara bergolak sebagai iktibar, kata Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Maglin Dennis D'Cruz.

Beliau berkata dengan menanam semangat cintakan negara, secara tidak langsung dapat menjauhi rakyat Malaysia daripada anasir negatif yang boleh menjadi faktor kehancuran sesebuah negara.

"Segala keperitan dan penderitaan rakyat Somalia yang digambarkan begitu puitis dari para pemuisi pastinya dapat menaikkan semangat kita agar lebih mncintai keamanan," katanya selepas merasmikan program 'Malam Puisi Untukmu Somalia' di sini, Khamis.

Turut hadir Presiden Pertubuhan Sahabat Siap Siaga Malaysia (SIAP SIAGA) Datuk Zamani Sulaiman yang juga Setiausaha Dewan Negara.

Malam Puisi Untukmu Somalia anjuran SIAP SIAGA menghimpunkan sasterawan negara dan aktivis seni, antaranya Prof Madya Dr Lim Swee Tin, Salamiah Ismail, Syed Mohd Zakir Syed Othman, Zaiton Ajamain, Abd Ghafar Ibrahim (Pak Agi), Dr Shamsudin Othman, Prof Madya Dr Hamidah Abd Hamid, Ahmad Fedtri Yahya dan Nashrudin Elias atau Nash yang mendeklamasi puisi bertema Somalia.

Program itu bertujuan mengumpul dana bagi membantu mangsa pelarian dan kebuluran yang terlibat dengan kemarau dan perang saudara di Somalia. -BERNAMA

Artikel Lain