suria

Eurofighter Typhoon Bakal Pukau Orang Ramai Di Pangkalan Angkatan Tentera Subang

KUALA LUMPUR: Replika Skala Penuh (FSR) helikopter Eurofighter Typhoon akan sekali lagi menarik perhatian orang ramai, kali ini pada Hari Terbuka Tentera Udara Diraja Malaysia di Pangkalan Udara Subang Ahad ini.

Dalam satu kenyataan hari ini, BAE Systems berkata orang ramai akan mendapat peluang yang jarang-jarang muncul untuk melihat sendiri pesawat itu dan memahami kenapa ia dianggap sebagai pesawat pejuang pelbagai peranan paling maju dalam pasaran.

Pengarah Typhoon Malaysia, Ian Malin, berkata syarikat itu ingin memberikan inspirasi kepada belia Malaysia tentang kerjaya berpotensi dalam industri teknologi tinggi seperti aeroangkasa, avionik, kejuruteraan dan tenaga boleh baharu.

"Kami mahu generasi muda mempelajari dan memahami keluasan teknologi yang disalurkan untuk menghasilkan produk yang begitu maju," tegasnya.

Kenyataan itu menyebut bahawa Jerman, Itali, Sepanyol, UK dan Arab Saudi telah membuat tempahan bagi kapal terbang itu. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain