suria

Chitick Duta Baru Isu Penyeludupan Manusia Australia Di Kuala Lumpur

MELBOURNE: Kerajaan Australia melantik seorang diplomat yang pernah bertugas di Malaysia sebagai duta barunya bagi isu penyeludupan manusia di Kuala Lumpur.

Dalam kenyataan pada Ahad, Menteri Luar Bob Carr berkata, Craig Chittick akan menggantikan James Larsen, yang menyandang jawatan itu selama dua tahun dan kini berkhidmat sebagai ketua penasihat Senator Carr.

"Pelantikan ini mencerminkan komitmen berterusan dan mendalam kerajaan terhadap kerjasama serantau bagi memerangi kegiatan penyeludupan manusia dan pemerdagangan orang," katanya.

Chittick, yang boleh bertutur dalam bahasa Indonesia, merupakan perunding utama pada mesyuarat Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) Malaysia-Australia yang selesai baru-baru ini serta pernah bertugas di Malaysia dan Indonesia.

Beliau dianugerahkan pingat penghargaan Medal of the Order of Australia kerana peranan pentingnya selepas peristiwa pengeboman di Bali pada 2002. - BERNAMA

Artikel Lain