Presiden MCA Akui Puak Ekstremis Akan Jejas Sokongan Cina - Semasa | mStar

Presiden MCA Akui Puak Ekstremis Akan Jejas Sokongan Cina

KAMPAR: Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek mengakui kewujudan puak ekstremis Cina yang akan menggunakan isu tertentu dan menjejaskan sokongan kaum itu kepada Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-13.

Bagaimanapun katanya, puak ekstremis itu wujud dalam setiap kaum dan memainkan isu perkauman adalah langkah paling mudah untuk mendapat sokongan daripada kaum masing-masing.

Katanya, dasar BN yang memperjuangkan semua kaum juga boleh menjadi kelemahan kepada parti itu dalam meraih sokongan, memandangkan parti pembangkang seperti DAP menggunakan isu perkauman sebagai senjata.

"...dan untuk PAS adalah agama, PKR (Parti Keadilan Rakyat) biasanya berjumpa masyarakat Cina cakap apa yang Cina suka dengar, depan kaum Melayu cakap apa yang kaum Melayu suka dengar dan begitu juga dengan kaum India," katanya di sini Jumaat.

Beliau yang ditemui pemberita sebelum majlis dialog bersama badan bukan kerajaan diminta mengulas kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa pengaruh kumpulan ektremis Cina boleh menghalang kaum itu daripada memberi sokongan padu kepada kerajaan BN pada pilihan raya akan datang.

Dr Chua juga menempelak DAP yang didakwanya memberi gambaran palsu melalui siri ceramah bahawa masyarakat Cina sendiri kagum dengan kejayaan mereka meneraju pentadbiran Pulau Pinang dan modul itu boleh dipindahkan ke Putrajaya.

"Saya mengatakan ini satu pembohongan yang besar, saya katakan DAP sekadar menjadi 'maharaja' di Pulau Pinang sahaja, di negeri lain sekadar jadi exco, di pusat dia tidak akan jadi perdana menteri atau timbalan perdana menteri, dia sekadar menjadi anggota pentadbiran sahaja, jemaah menteri," katanya.

"(Kononnya) sokong DAP segala masalah kaum Cina akan diselesaikan, itulah DAP dan lebih-lebih lagi dia ada pemimpin yang pakai 'superman', kononnya DAP adalah 'political superman' yang boleh menangani segala isu yang dihadapi kaum Cina," katanya.

Dr Chua berkata, semua orang tahu bahawa parti politik yang ada di Malaysia perlu bertolak-ansur dan mengambil kira hakikat negara ini mempunyai masyarakat pelbagai bangsa dan agama.

"Tidak ada seorang pemimpin dijadikan 'superman' untuk satu-satu kaum termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, sebab itu beliau mencetuskan idea 1Malaysia di mana beliau menonjolkan dirinya sebagai pemimpin untuk semua kaum," katanya.

Sementara itu, Setiausaha Agung MCA, Datuk Seri Kong Cho Ha berkata, kelompok ekstremis tersebut adalah kecil.

"Saya fikir masyarakat Cina kebanyakannya mendapat pendidikan tinggi, mereka ada pandangan dan pemikiran masing-masing yang bukan senang dipengaruhi oleh segelintir yang ekstremis," katanya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

Artikel Lain