Jakim Pantau Blog Cuba Pengaruhi Remaja Dengan LGBT - Semasa | mStar

Jakim Pantau Blog Cuba Pengaruhi Remaja Dengan LGBT

JELI: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sedang memantau pertubuhan yang cuba mempengaruhi remaja ke arah amalan seks bebas serta lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT), untuk diambil tindakan sewajarnya.

Ketua Pengarah Jakim Datuk Othman Mustapha berkata pertubuhan terbabit dikesan menggunakan media sosial termasuk blog untuk mempengaruhi golongan remaja terlibat dengan amalan itu.

"Dalam siasatan Jakim, terdapat blog-blog yang cuba mempengaruhi remaja untuk menyertai amalan LGBT itu. Sudah ada 3,000 peminat melayari blog-blog mereka ini," katanya kepada pemberita pada majlis perasmian penutup Program Ramah Mesra Bersama Masyarakat Orang Asli Sungai Rual dekat sini, Sabtu.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed yang juga anggota Parlimen Jeli merasmikan majlis penutup program itu.

Othman berkata pihaknya akan bekerjasama dengan pihak berkuasa berkaitan termasuk polis, Jabatan Agama Islam Negeri dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia bagi mengambil tindakan terhadap pihak terbabit.

Beliau menasihati remaja agar menjauhi LGBT dan meminta ibu bapa memantau pergerakan anak-anak mereka agar tidak terjebak dengan amalan itu. -BERNAMA

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

Artikel Lain

Bersatu umum keluar Pakatan Harapan