suria

Warga Asing Harus Hormati Undang-Undang Tempatan - Sultan Johor

JOHOR BAHRU: Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar bertitah baginda telah memaafkan mereka yang terlibat dalam pertengkaran di resort pulau Rawa, Johor.

"Kita mengalu-alukan warga asing ke negeri ini tetapi mereka mesti menghormati undang-undang kita," titah baginda dalam sidang akhbar yang diadakan di Istana Pasir Pelangi di sini pada Khamis.

Sidang akhbar itu diadakan susulan pergaduhan yang berlaku di pulau itu pada hari Sabtu.

Sultan bertitah selain warga asing perlu menghormati undang-undang tempatan, pendekatan yang sama harus digunakan kepada penduduk tempatan yang melawat negara lain.

Baginda bertitah bahawa baginda memaafkan mereka yang terlibat dalam kejadian itu dan berharap mereka akan kembali lagi untuk bercuti.

Dilaporkan bahawa empat warga asing telah terlibat dalam pergaduhan dengan pengawal peribadi keluarga diraja.

Warga asing terbabit mendakwa bahawa mereka telah dipukul.

Walau bagaimanapun, pegawai keselamatan istana berkata mereka telah menggunakan perkataan kesat termasuklah menunjukkan isyarat lucah "jari tengah."

Artikel Lain