suria

Pukul Peninju: Polis Jamin Tidak Sembunyi Siasatan

JOHOR BARU: Polis memberi jaminan tidak akan menyembunyikan siasatan berhubung kes membabitkan peninju negara, Mohd Farkhan Mohd Haron yang diserang sekumpulan lelaki termasuk seorang anak orang kenamaan (VIP).

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata polis telah merakam kenyatan daripada lapan individu dan menahan dua suspek dalam lingkungan umur 30an termasuk seorang wanita bagi membantu siasatan.

Dua suspek berkenaan ditahan reman enam hari.

"Kami masih belum merekodkan kenyataan daripada Mohd Farkhan kerana pihak hopsital masih belum memberikan kebenaran untuk menemuramahnya.

"Saya memberi jaminan bahawa polis tidak akan menyembunyikan kes ini dan mereka yang terlibat akan berhadapan dengan tindakan," katanya.

Mohd Mokhtar berkata polis telah mengenal pasti mereka yang terlibat dalam kes itu dan menggesa untuk menyerah diri.

Mohd Farkhan, 24, telah dimasukkan ke hospital selepas dia dipukul oleh tujuh lelaki di Taman Molek di sini pada pagi Ahad.

Artikel Lain