Malaysia Lancar Lamborghini Pasaran Tempatan - Semasa | mStar

Malaysia Lancar Lamborghini Pasaran Tempatan

KUALA LUMPUR: Malaysia kini mempunyai kereta Lamborghini sendiri dengan pelancaran "supercar" yang dibuat khusus untuk pasaran tempatan.

Kereta sukan mewah, Lamborghini Gallardo MLE (Malaysia Limited Edition), membuat kemunculan sulungnya dalam satu majlis yang gemilang di sini, Khamis.

V10 berkuasa Gallardo MLE adalah hasil kerjasama antara Lamborghini Kuala Lumpur dan syarikat itu di Itali, Automobili Lamborghini SpA setelah beberapa tahun lamanya.

Ketua Pegawai Operasi Lamborghini Kuala Lumpur Marcus Chye berkata ramai pelanggan tempatan mahu kereta mereka mempunyai kemasan dalaman model standard Gallardo tetapi dengan luaran Superleggera 570-4.

"Jadi, kita telah memberikan mereka yang terbaik daripada kedua-duanya. Kereta itu kelihatan 'garang' di luar tetapi selesa dan luas di bahagian dalam untuk pemanduan setiap hari di Malaysia," katanya.

Pengerusi Lamborghini Kuala Lumpur Chut Nyak Isham Nyak Ariff berkata model yang hanya terdapat di pasaran Malaysia ini akan mempunyai 20 unit yang dibina khas.

MLE Gallardo, model yang paling laris, mempunyai bumper hadapan yang agresif dan 'sporty', bahagian sisi karbon dan ekzos tips titanium.

Enjin V10 5.2 liter boleh mencapai sehingga 550hp maksimum dengan kelajuan tertinggi 320kph. Ia boleh memecut dari keadaan pegun sehingga 100kph dalam 3.9 saat.

Harga di atas jalan ialah RM1.68 juta tanpa insurans.

Semua kereta diberikan jaminan kilang untuk tiga tahun.

Model baru boleh didapati dalam tiga warna - Bianco Monocerus (solid putih), Verde Ithaca (mutiara hijau) dan Arancio name (mutiara oren) - dijangka paling dikehendaki peminat dan pengumpul kereta sport.

Kereta itu telah dibawa masuk oleh Eminent Century Sdn Bhd dan JH Italia Sdn Bhd. Eminent Century adalah pengimport rasmi Malaysia untuk kereta Lamborghini manakala JH Italia adalah pengedar tunggal di negara ini.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

Artikel Lain