Rumah Pengurus Bola Sepak Terengganu Diserang Dan Dibaling Batu - Semasa | mStar

Rumah Pengurus Bola Sepak Terengganu Diserang Dan Dibaling Batu

KUALA TERENGGANU: Dek kekalahan demi kekalahan yang dicatatkan oleh pasukan Terengganu, pihak pengurusan Terengganu semakin hebat dikecam oleh penyokong setia pasukan itu.

Kali ini rumah Pengurus Pasukan Terengganu Datuk Che Mat Jusoh menjadi mangsa diserang oleh kira-kira 100 penyokong pasukan itu.

Dalam kejadian jam 11.30 malam Sabtu ada penyokong yang bertindak liar dengan membuat kecoh serta membaling batu ke arah kediaman Che Mat di Kampung Panji Alam, di sini.

Serangan itu adalah kemuncak bantahan yang dibuat di luar Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, di sini sebaik selesai perlawanan suku akhir pertama Piala FA malam tadi yang menyaksikan sang penyu tumbang 1-2 di tangan pasukan berstatus kelab, Sime Darby.

Lebih daripada 500 peminat berkumpul sepanjang laluan keluar dari kawasan stadium berkenaan dengan mengangkat kain rentang dan poster yang meminta Che Mat dan jurulatih Mat Zan Mat Aris meletak jawatan.

Bagaimanapun, keadaan itu berjaya dikawal setelah pihak polis ke rumah berkenaan setelah menerima panggilan telefon daripada pengurus pasukan itu.

Che Mat ketika dihubungi Bernama berkata beliau kesal dengan tindakan tidak bertamadun segelintir penyokong pasukan termasuk menyerang rumahnya.

Katanya dia tidak akan melepaskan jawatannya dan tindakan yang dibuat oleh beberapa peminat hanya akan memberi kesan negatif ke atas pemain.

"Saya terkejut dengan tindakan mereka tetapi saya tidak akan melepaskan jawatan saya sebagai pengurus pasukan dan tidak akan menekan butang panik lagi.

"Para pemain telah mencuba yang terbaik...peminat sebenar sepatutnya menyokong pasukan walaupun ketika pasukan itu menang atau kalah," katanya.

Sementara itu Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Terengganu ACP K. Manoharan ketika dihubungi berkata akibat tindakan agresif itu bumbung rumah pengurus itu rosak akibat dibaling objek dan ada sebahagian daripada mereka bertindak menekan loceng dan menggoncang pintu pagar.

Bagaimanapun tiada tangkapan dibuat dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana perbuatan khianat. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

Artikel Lain