suria

Polis Buru 'Ravi' Yang Didakwa Melarikan Gadis 17 Tahun

KUANTAN: Polis Pahang kini memburu seorang lelaki yang dikenali sebagi Ravi, 53, yang dikatakan melarikan seorang remaja perempuan berumur 17 tahun dari rumahnya, di Taman Fairmont, dekat sini sejak 12 hari lepas.

Menurut Ketua Polis daerah Kuantan, ACP Mohd Jasmani Yusof pihaknya masih menjalankan siasatan secara terperinci berhubung kes berkenaan walaupun setakat ini tiada perkembangan terbaru mengenai kes itu.

Katanya foto 'Ravi' juga telah diedarkan dan dihebahkan kepada pihak media semalam. 'Tiada perkembangan terbaru mengenai mangsa. Bagaimanapun kita yakin akan dapat mengesan pelajar itu tidak lama lagi," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, Rabu.

Pada Selasa, seorang ahli perniagaan, Raghbir Singh Sulakhan Singh, 44, mendakwa anak perempuannya, Balvin Kaur, 17, hilang selepas dikatakan keluar dari rumahnya sehelai sepinggang kira-kira 12 tengah hari pada 7 April lepas.

Pelajar tingkatan lima itu dipercayai mengikut seorang lelaki yang dikenali sebagai 'Ravi' yang juga kenalan keluarganya.

Mohd Jasmani dalam pada itu turut meminta kerjasama orang ramai dalam mengesan mangsa dan sebarang maklumat sila hubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan di talian 09-5652222. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain