Jasa Kedah Adakan Program Prihatin 1Malaysia Di Semua Kawasan Parlimen - Semasa | mStar

Jasa Kedah Adakan Program Prihatin 1Malaysia Di Semua Kawasan Parlimen

BANDAR BAHARU: Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) Negeri Kedah akan memperluaskan program Prihatin 1Malaysia (P1M) yang diadakan buat pertama kali di pekan Selama dekat sini selama tiga hari sehingga Sabtu.

Pengarah Jasa Kedah, Shahrul Anuar Roze berkata, pihaknya akan mengadakan program sama di 14 lagi kawasan parlimen di Kedah dalam tempoh dua bulan akan datang.

"Berdasarkan kejayaan dan sambutan baik masyarakat, kini pihak jabatan mendapat beberapa petunjuk positif dalam menjayakan program sama kelak," katanya kepada pemberita selepas perasmian program itu, di sini Sabtu.

Katanya, program itu bertujuan merapatkan lagi perpaduan masyarakat majmuk di negeri ini di samping menjelaskan program transformasi kerajaan dengan lebih mendalam.

Antara aktiviti yang diadakan ialah sukan tradisional, sukan kanak-kanak serta ceramah dan program kunjungan ke rumah golongan miskin.

Kira-kira 2,000 penduduk dari kawasan sekitar pekan Selama hadir sepanjang tiga hari program berlangsung. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Jangan Pasang Bendera Di Tiang Elektrik

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain