Polis Terengganu Tumpas Kumpulan Curi Kabel - Semasa | mStar

Polis Terengganu Tumpas Kumpulan Curi Kabel

KUALA TERENGGANU: Polis Terengganu berjaya menumpaskan satu kumpulan curi kabel yang melibatkan kerugian hampir RM50,000 dengan tertangkapnya tiga lelaki termasuk seorang peniaga barangan lusuh.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Superitendan, K. Manoharan berkata, hasil maklumat awam, serbuan pertama dilakukan pada kira-kira 3.30 pagi Selasa lalu dan seorang buruh binaan berusia 44 tahun berjaya ditahan di sebuah rumah di Kampung Tok Dir dekat sini.

Katanya, pelbagai jenis kabel yang belum diasingkan serta longgakan kulit kabel yang dipercayai telah diproses ditemui di rumah itu.

"Kesemua kabel itu adalah milik Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Telekom Malaysia yang dipercayai dicuri dari sebuah stor penyimpanan di Chendering," katanya kepada pemberita di sini, Jumaat.

Manoharan berkata, hasil penahanan lelaki itu seterusnya membawa kepada tangkapan kedua membabitkan seorang lagi pencuri kabel yang dipercayai mempunyai kaitan dengan suspek pertama.

"Lelaki kedua yang berusia 40 tahun itu ditangkap pada pukul 4.15 pagi hari yang sama di Kampung Tok Pong, Pengadang Buloh, Chendering dan suspek juga bekerja sebagai buruh binaan," katanya.

Beliau berkata, berdasarkan keterangan daripada kedua-dua lelaki itu, polis seterusnya berjaya menjejaki seorang peniaga barangan lusuh berusia 49 tahun di Kampung Paya Resak di sini kira-kira pukul 1 tengah hari, hari yang sama.

Hasil siasatan polis, peniaga itu didapati membeli wayar dan kabel-kabel yang telah dicuri untuk dijual semula, katanya.

Polis juga merampas beberapa gulung wayar tembaga seberat hampir 10 kilogram yang ditemui di premis milik suspek, kata Manoharan. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

Artikel Lain