suria

Pemandu Maut Selepas Kereta Bertembung Dengan Bas

KUANTAN: Seorang pemandu terbunuh selepas keretanya bertembung dengan sebuah bas persiaran di Km 37 Jalan Kuantan-Kemaman di sini Ahad.

Pegawai Penguatkuasa Tadbir/Trafik Pahang ASP Zainalabidin Othman berkata dalam kejadian 2.30 pagi itu, Ahmad Azizi Mohd, 30, memandu berseorangan dari arah Kuantan ke Kemaman.

"Apabila sampai di tempat kejadian, kenderaan yang dipandu mangsa dipercayai terbabas ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan sebuah bas persiaran tanpa penumpang yang datang dari arah bertentangan.

"Ekoran daripada itu mangsa yang cedera parah meninggal dunia di tempat kejadian," katanya kepada pemberita di sini Isnin.

Beliau berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan untuk dibedah siasat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain