suria

Najib Mahu Indonesia Selesai Segera Isu Amah

PHNOM PENH: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meminta Indonesia supaya menyelesaikan isu pembantu rumah dengan segera.

Najib berkata, beliau telah memaklumkan perkara itu kepada Presiden Susilo Bambang Yudhoyono menerusi Timbalan Presidennya, Boediono yang mewakili Susilo pada Sidang Kemuncak Asean ke-20 di sini.

"Saya telah meminta Presiden Susilo supaya mencari jalan penyelesaian segera kepada isu amah ini," kata Najib.

Isu tersebut menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan pelbagai pihak apabila kerajaan Indonesia dilaporkan mengenakan syarat baru berhubung penghantaran pembantu rumah ke Malaysia.

Dengan syarat baru itu, seorang pembantu rumah hanya melakukan satu tugas dengan bayaran sebanyak RM700 sebulan.

Najib berkata, beliau juga akan berbincang dengan Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen mengenai cadangan untuk mendapatkan khidmat pembantu rumah dari negara itu selepas pembekuannya pada Oktober.

Terdahulu, Najib berkata pelbagai usaha perlu dilakukan untuk meningkatkan minat genarasi muda di Asean yang bakal meneruskan kemajuan rantau ini.

Menurutnya, generasi muda hari ini melihat Asean sebagai sebuah institusi yang tidak relevan dengan mereka.

"Pemikiran seperti ini perlu diubah dengan meningkatkan minat generasi muda di Asean dan membantu mereka memahami kuasa dan potensinya.

"Untuk mencapainya, kita mesti membangunkan program, projek dan insiatif membabitkan mereka dengan pendekatan bermakna," katanya.

Najib menyampaikan ucaptama berhubung “Leadership Challenges in Asean: Meeting Tomorrow's Needs and Expectations” pada Forum Kepimpinan Asean Kesembilan di sini, Rabu.

Artikel Lain