suria

Warga Nepal Ditemui Mati Lemas Di Lombong Di Durian Tunggal

ALOR GAJAH: Seorang warganegara Nepal yang dilaporkan hilang selepas mandi di lombong di sebuah kuari di Durian Tunggal pada Ahad, ditemui mati lemas pagi Isnin.

Mayat Hom Kumar, 25, yang merupakan pekerja kuari itu ditemui sepasukan anggota Unit Skuba dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Kubu pada 9.10 pagi.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Supt Umar Ali Saifuddin Shaharudin berkata mangsa mandi bersama dua lagi rakannya kira-kira 2 petang semalam sebelum dikhuatiri lemas di dalam lombong itu.

Rakan mangsa membuat laporan tentang kejadian itu di Balai Polis Durian Tunggal sebelum operasi mencari dan menyelamat dilakukan pada 6 petang hingga 9 malam, namun gagal menemui mangsa.

"Operasi kemudiannya disambung semula pada 9 pagi ini sebelum mayat mangsa ditemui terapung berdekatan kawsan mangsa dilaporkan hilang," katanya kepada Bernama. Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Melaka. - BERNAMA

Artikel Lain